Peniaga Selangor Masih Perlu Pekerja Asing

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR — Tiga bulan selepas Selangor mengharamkan warga asing bekerja di pasar basah, para peniaga mahu tindakan itu ditarik balik kerana kegagalan untuk menggantikan mereka dengan pekerja tempatan.

-Advertisement-

Dari Ampang hingga ke Petaling Jaya (PJ), peniaga yang membuat gesaan itu berkata, pengharaman sedemikian menyukarkan mereka untuk memulihkan perniagaan yang terjejas teruk akibat ekonomi negara yang menjadi perlahan kerana COVID-19.

Paling menyakitkan hati, mereka dikehendaki untuk terus membayar gaji pekerja asing yang masih memegang permit kerja yang sah, meskipun diberhentikan. Jika peniaga tidak berbuat demikian, mereka menangung risiko sekiranya pekerja asing mereka itu ditangkap bekerja secara haram.

Pekerja Malaysia yang difikirkan dapat menyelesaikan masalah pengharaman pekerja asing, kebanyakannya tidak datang memohon kerja di pasar basah. Jika pun datang, mereka tidak bertahan lama.

Banyak cerita kurang enak mengenai pekerja tempatan ini. Ada yang kerja tak sampai sejam, seperti yang dikongsi peniaga ayam, Lim Ah Suan.

-Advertisement-

“Dia pergi tandas dan selepas sejam, kami tak nampak lagi muka dia, ” katanya, bercerita tentang salah seorang pekerja tempatan yang diambil bekerja untuk gerainya di Pasar Basah PJ Old Town.

“Dalam masa 10 hari, enam orang dah cabut, ” katanya, sambail ketawa.

Di belakangnya, ada dua orang sedang sibuk memotong ayam. Pantas betul mereka menghiris isi ayam, mengasingkan tulang dan boleh dilihat darah haiwan itu melilih ke atas lantai. Kerja yang agak berat, perlu teliti ketika menggunakan pisau yang tajam dan bekerja dalam bangunan tanpa penghawa dingin.

-BERNAMA


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373