Perdana Menteri beredar dari Istana Negara selepas sejam

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin beredar dari Istana Negara, di sini, selepas kira-kira sejam tiba untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pagi ini.

-Advertisement-

Kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna hitam yang membawa Perdana Menteri, dilihat keluar dari pekarangan Istana Negara melalui pintu utama pada jam 8.56 pagi.

Terdahulu, kenderaan dinaiki beliau dilihat tiba di Istana Negara pada jam 7.50 pagi tadi.

Difahamkan, tiga lagi pemimpin utama parti politik akan menghadap Seri Paduka, hari ini.

-Advertisement-

Sumber BH tidak pasti mengenai agenda majlis menghadap berkenaan, namun ia dipercayai ada kaitan dengan keadaan semasa negara, terutama isu penularan COVID-19 yang membimbangkan.

Bagaimanapun, adalah menjadi kelaziman, Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada setiap Rabu untuk menghadiri mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara.

Lebih 20 petugas media bersiap sedia membuat liputan di pintu masuk utama Istana Negara seawal jam 7 pagi tadi.-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373