Peruntukan berkaitan GEG digugurkan daripada RUU berkaitan produk rokok

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Peruntukan berkaitan larangan penjualan produk tembakau dan rokok serta larangan merokok bagi orang yang lahir pada 2007 dan seterusnya digugurkan daripada Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang dibentangkan sekali lagi untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini.

-Advertisement-

Berdasarkan RUU sebelum ini yang dibentangkan bagi bacaan kali pertama pada 12 Jun lalu, terdapat empat peruntukan berkaitan larangan itu yang dikenakan terhadap individu yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya.

Ia merangkumi Perkara 13, 14, 18 dan 19, iaitu larangan penjualan produk tembakau, bahan merokok, merokok produk tembakau dan merokok produk pengganti tembakau bagi orang yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya.

Di bawah RUU baharu yang dibentangkan hari ini, di bawah Perkara 17 (1) larangan merokok dan menggunakan produk tembakau dikenakan kepada bagi orang belum dewasa iaitu di bawah usia 18 tahun.

-Advertisement-

“Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak lebih RM500 atau diperintahkan melaksanakan khidmat masyarakat menurut Kanun Tatacara Jenayah atau Akta Kanak-Kanak 2001,” mengikut RUU berkenaan.

– BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373