WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (35442) ORDER BY meta_id ASC

Pinda undang-undang bantu mangsa 'scammer' dapat wang lebih awal » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Pinda undang-undang bantu mangsa ‘scammer’ dapat wang lebih awal

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) meminta semua bank melaksanakan operasi pemantauan 24 jam dan menuju ke arah automasi bagi membolehkan pengguna mengambil tindakan menghentikan pengeluaran wang daripada bank serta-merta sekiranya berlaku penipuan atau ‘scam’.

-Advertisement-

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beberapa pindaan undang-undang akan dibuat termasuk membabitkan Kanun Tatacara Jenayah supaya wang mangsa penipuan dapat dipulangkan lebih awal dan dikekalkan bon sebagai ganti, sementara kes mahkamah berjalan.

Beliau berkata, sebanyak 3,595 kertas siasatan dibuka bagi kesalahan penipuan di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan dan kerajaan sudah mendapat pulangan daripada rampasan sebanyak RM34.8 juta.

“(Wang) yang sudah dirampas sekarang mengambil masa (untuk dipulangkan). Ramai yang merayu sebab kes berlanjutan.

-Advertisement-

“Justeru, yang diputuskan adalah untuk dipinda Kanun Tatacara Jenayah supaya membolehkan pulangan (wang) itu segera, dengan syarat bon disediakan semasa kes berjalan,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan asal Tan Hong Pin (PH-Bakri) sama ada kerajaan mempunyai rancangan untuk memanjangkan masa operasi Pusat Respons Scam Kebangsaan kepada 24 jam bagi membantu dengan segera mereka yang menjadi mangsa penipuan mendapat bantuan yang tepat dan segera dalam masa yang kritikal.

– Berita Harian

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (44843,44834,44828,44821) ORDER BY meta_id ASC