WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (1486) ORDER BY meta_id ASC

PM ucap tahniah pelantikan Jokowi, Ma'aruf » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

PM ucap tahniah pelantikan Jokowi, Ma’aruf

Estimate Reading Time: < 1 minute

JAKARTA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengucapkan tahniah kepada Presiden Joko Widodo (Jokowi) atas pelantikannya sebagai Presiden Indonesia bagi penggal 2019-2024.

Dr Mahathir yakin hubungan akrab yang sedia terjalin antara Malaysia dan Indonesia, akan terus diperkukuhkan lagi demi kemakmuran serta kesejahteraan kedua-dua negara.

“Semoga Yang Mulia Bapak Presiden (Jokowi) dan seluruh rakyat Republik Indonesia sentiasa memperoleh rahmat serta keberkatan,” katanya dalam satu video ‘Chedet’, yang disiarkan televisyen Indonesia, TVRI, sempena pelantikan Jokowi, hari ini.

Presiden Jokowi hari ini mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia bagi penggal kedua, pada majlis pelantikannya di bangunan Parlimen Indonesia, yang turut dihadiri pemimpin luar, termasuk Dr Mahathir.

Dr Mahathir yang diiringi isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, antara 17 pemimpin dan ketua negara yang hadir pada majlis pelantikan Jokowi serta naib presiden Indonesia, Ma’aruf Amin.

Selain Dr Mahathir, antara pemimpin dan ketua negara yang hadir ialah Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah; Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong; Perdana Menteri Australia, Scott Morrison dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.

Jokowi kekal memimpin negara demokrasi ketiga terbesar di dunia itu bagi penggal kedua selepas memenangi Pilihan Raya Presiden 2019 pada 17 April lalu.

Jokowi bergandingan dengan Ma’aruf, 76, selepas pasangan itu menang pada Pilihan Raya Presiden 2019, menewaskan pencabar mereka, pasangan Prabowo Subianto dan Sandiaga Uno.

“Saya percaya Republik Indonesia di bawah gandingan kepimpinan Jokowi dan Ma’aruf akan terus berjaya dan makmur,” kata Dr Mahathir. – BERNAMA

-Advertisement-

-Advertisement-

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (5655,5651,5649,5647) ORDER BY meta_id ASC