-Advertisement-
KUALA LUMPUR, 12 Julai 2026 (The Capital Post) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas mandat yang diberikan rakyat Johor, sambil berharap amanah tersebut dipikul sebaik-baiknya demi kepentingan negeri dan rakyat.
Beliau berkata, pilihan raya telah melabuhkan tirainya dan kini adalah masa untuk semua pihak bergerak ke hadapan dengan mengutamakan khidmat serta amanah kepada rakyat bagi membina Johor yang lebih makmur dan maju.
Anwar turut merakamkan penghargaan kepada seluruh pengundi, jentera pilihan raya dan rakyat Johor yang telah menunaikan tanggungjawab mereka. Beliau menegaskan semua calon Pakatan Harapan (PH), sama ada menang atau tewas, diminta meneruskan usaha membawa suara rakyat.
Menurut beliau, Kerajaan Persekutuan kekal komited memastikan agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat Johor terus diperkasa serta ditambah baik. – The Capital Post.
-Advertisement-
-Advertisement-