Polis sekat 96 laluan keluar-masuk Selangor, KL, Putrajaya

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Sebanyak 96 sekatan jalan raya (SJR) dijalankan di semua laluan sempadan keluar daerah serta negeri membabitkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula hari ini hingga 27 Oktober.

-Advertisement-

Di Selangor 64 SJR diadakan, 28 di Kuala Lumpur dan Putrajaya 4 SJR.

Ketua Polis Selangor Noor Azam Jamaluddin berkata, langkah itu dibuat bagi memastikan tiada sebarang pergerakan rentas negeri tanpa kebenaran selaras perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Katanya, lokasi SJR membabitkan laluan sempadan keluar Selangor ke Negeri Sembilan, Perak dan Pahang.

“Bagi mengukuhkan operasi pemantauan, polis Selangor menggerakkan seluruh kekuatan yang dibantu pasukan keselamatan tentera, RELA dan Angkatan Pertahanan Awam,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

-Advertisement-

Beliau turut menasihati pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan sepanjang PKPB dilaksanakan, jika ingkar tindakan undang-undang termasuk kompaun akan dikenakan.

Sementara itu, dalam majlis di Putrajaya semalam Ketua Polis Putrajaya Mohd Fadzil Ali berkata, 4 sekatan jalan raya diadakan di Lebuh Sentosa menghala keluar ke Lebuhraya Maju (Mex Expressway), Persiaran Selatan menghala keluar ke Dengkil, Persiaran Utara Pintu Dua A menghala ke Kajang dan Persiaran Utara Pintu Tiga menghala ke Puchong.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob pada Isnin mengumumkan pelaksanaan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa 12.01 tengah malam 14 Oktober hingga 27 Oktober susulan peningkatan ketara kes Covid-19. -FMT


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373