Polis tahan 14 individu bantu siasatan rusuhan sesama jiran

Estimate Reading Time: < 1 minute

SEPANG: Polis menahan 14 individu bagi membantu siasatan kes rusuhan membabitkan kawasan kejiranan di Kampung Baru, Dengkil dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati apabila kenderaan diparkir menghalang laluan, Sabtu lalu.

-Advertisement-

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner, Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata individu berusia 16 hingga 40 tahun itu ditahan satu malam di lokap bagi melengkapkan siasatan dan dijangka dibebaskan hari ini dengan jaminan.

“Polis masih menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 148/506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” katanya.

-Advertisement-

Kejadian jam 10.15 malam itu dipercayai berlaku apabila seorang pemandu lori menegur jirannya yang juga ahli keluarga supaya mengalihkan kenderaan yang menghalang laluan.
Mangsa berusia 44 tahun didakwa mengalami lebam di muka, badan dan luka di kepala selepas dibelasah dengan benda keras seperti topi keledar, batu bata dan batang mop.
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373