PRN Melaka: 28 Kerusi Jadi Rebutan!

Estimate Reading Time: < 1 minute

MELAKA, 31 Oktober 2026 (The Capital Post) – Pertarungan merebut 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka bermula hari ini dengan proses penamaan calon, sekali gus membuka gelanggang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Proses penamaan calon berlangsung dari jam 9 pagi hingga 10 pagi di 28 pusat penamaan calon sebelum kempen rasmi selama 14 hari bermula sebaik sahaja senarai calon disahkan. BERNAMA

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 10 November sebagai hari pengundian awal, manakala pengundian biasa berlangsung pada 14 November membabitkan 687,697 pengundi berdaftar. Pengerusi SPR

-Advertisement-

Sebanyak 15 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah. Pada PRN 2021, Barisan Nasional (BN) menguasai 21 kerusi, Pakatan Harapan (PH) lima dan Perikatan Nasional (PN) dua.

Dengan bermulanya kempen rasmi hari ini, tumpuan kini terarah kepada persaingan parti dan calon dalam menentukan hala tuju pentadbiran Melaka bagi penggal baharu – The Capital Post.