Program Korban PETRA Perkukuh Semangat Sukarelawan dan Kerjasama Agensi

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA 29 Mei 2026 (The Capital Post) – Wakil Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) daripada Seksyen Komunikasi Strategik antara yang turut serta sebagai sukarelawan dalam Program Ibadah Korban anjuran Surau An-Nur, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dengan kerjasama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTZA) serta Hospital Putrajaya yang berlangsung di pekarangan tempat letak kereta masjid, semalam.

Program berkenaan menghimpunkan seramai 103 sukarelawan yang terdiri daripada warga PETRA serta penjawat awam dari pelbagai kementerian, jabatan dan agensi di bawah PETRA termasuk SPAN, Indah Water Konsortium (IWK), Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sustainable Energy Development Authority (SEDA).

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Senator Puan Marhamah binti Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) yang menyempurnakan agihan daging korban kepada para penerima bersama Dato’ Mohd Norhisham bin Musa, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) PETRA.

-Advertisement-

Program tersebut bukan sahaja mengeratkan hubungan antara agensi di bawah PETRA, malah turut memperkukuh semangat kesukarelawanan dan nilai kebersamaan dalam kalangan penjawat awam. – The Capital Post