PSG kelab terbaik buat Mbappe – Al-Khelaifi

Estimate Reading Time: < 1 minute

PARIS: Presiden Paris Saint-Germain, Nasser Al-Khelaifi berkata dia mahu Kylian Mbappe kekal di Paris, sambil mendakwa PSG adalah kelab terbaik untuknya.

-Advertisement-

Kontrak Mbappe bersama juara Ligue 1 itu akan berakhir Jun ini dan dia bebas untuk menyertai mana-mana kelab musim depan.

“Saya mahu Kylian kekal di sini. Pemain terbaik di dunia ialah Kylian dan kelab terbaik untuknya ialah Paris,” kata Al-Khelaifi.

Bagaimanapun PSG masih belum mampu untuk memenangi Liga Juara-Juara Eropah walaupun sudah berbelanja berbilion ringgit sejak kehadiran pemilik dari Qatar itu pada tahun 2011.

Mbappe dikaitkan dengan perpindahan ke kelab juara 14 kali Eropah, Real Madrid yang dua kali dikecewakan membabitkan perpindahan pemain itu sebelum ini.

Minggu lalu, Mbappe dilaporkan bersedia melepaskan bonus jutaan ringgit daripada PSG bagi memastikan perpindahan keluar dari Paris akan menjadi kenyataan kali ini.

-Advertisement-

Mbappe menandatangani kontrak lanjutan pada tahun 2022 yang menawarkan gaji 72 juta euro (RM366.39 juta) setahun, bonus 150 juta euro (RM763.32 juta) kerana menandatangani kontrak serta bonus kesetiaan mencecah 90 juta euro (RM457.99 juta) setahun.

Namun Al-Khelaifi menegaskan, wang bukan faktor yang akan menentukan sama ada Mbappe akan kekal atau tidak.

“Kami mempunyai banyak perlawanan penting, saya mahu anda untuk tidak mengganggu Kylian,” katanya.

Mbappe meledak 24 gol dalam semua pertandingan untuk pendahulu Ligue 1 itu musim ini.
-AFP
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373