Pulau Pinang Raikan Pengamal Media ASEAN Sempena HAWANA 2026

Estimate Reading Time: < 1 minute

PULAU PINANG 21 Jun 2026 (The Capital Post) – Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, TYT Tun Dato’ Seri Utama Ramli Ngah Talib meraikan pengamal media dari Malaysia dan negara-negara ASEAN dalam Majlis Makan Malam Kerajaan Negeri sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 yang berlangsung di negeri ini.

Majlis berkenaan menghimpunkan hampir 350 tetamu terdiri daripada pengamal media, ketua pengarang, pengurusan tertinggi organisasi media tempatan dan antarabangsa, wartawan veteran serta pemimpin kerajaan negeri dalam suasana penuh penghargaan terhadap peranan media dalam pembangunan negara.

Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Chow Kon Yeow; Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil; Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Zulkifli Long; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah; Setiausaha Negara bagi Komunikasi Sosial Timor-Leste, Expedito Loro Dias Ximenes; serta Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi, Datuk Bahria Mohd Tamil.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Datuk Seri Wong Chun Wai; Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja HAWANA 2026, Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin; serta Ketua Pengarang BERNAMA merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja HAWANA 2026, Arul Rajoo Durar Raj.

-Advertisement-

Penganjuran majlis makan malam ini menjadi platform penting dalam mengiktiraf sumbangan pengamal media yang memainkan peranan besar dalam menyampaikan maklumat tepat, membina kesedaran awam serta memperkukuh hubungan antara kerajaan dan masyarakat.

Dalam masa yang sama, acara berkenaan turut mengeratkan hubungan media serantau ASEAN melalui pertukaran pandangan dan jaringan kerjasama strategik dalam landskap komunikasi yang semakin mencabar dan dinamik.

Majlis sempena HAWANA 2026 ini mencerminkan penghargaan berterusan terhadap komuniti media yang menjadi tonggak penting dalam ekosistem demokrasi dan pembangunan negara. – The Capital Post