PUTRAJAYA 19 Ogos 2026 (The Capital Post) – Kementerian Ekonomi menerima kunjungan delegasi Putra Business School (PBS) dan Persatuan Pelajar & Alumni (PSAA) Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 17 Ogos 2026, dalam usaha memperluas perkongsian ilmu serta jaringan strategik antara institusi akademik dan kerajaan.
Delegasi seramai 17 pelajar peringkat Sarjana dan PhD itu diketuai oleh Penyelaras Program MBA (Perniagaan Antarabangsa), Prof. Madya Dr. Ida Md. Yasin.
Sepanjang kunjungan, para delegasi diberikan penerangan berkaitan peranan dan fungsi Kementerian Ekonomi sebagai peneraju perancangan sosioekonomi negara. Sesi tersebut turut menyentuh aspek penggubalan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) yang dikendalikan Bahagian Perancangan Strategik.
-Advertisement-
Selain sesi taklimat, delegasi dan pihak kementerian turut bertukar pandangan mengenai perkembangan serta isu semasa berkaitan ekonomi negara, sekali gus memberi peluang kepada para pelajar mendapatkan pemahaman lebih dekat mengenai proses perancangan dan pembangunan sosioekonomi Malaysia.
Kunjungan berkenaan diharap dapat menjadi platform yang menghubungkan dunia akademik dengan sektor kerajaan, selain membuka ruang kepada kerjasama strategik yang lebih luas antara Kementerian Ekonomi dan komuniti akademik pada masa akan datang. – The Capital Post