Ribut petir, hujan lebat dijangka di KL, 8 negeri – MetMalaysia

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramalkan berlaku di ibu negara dan lapan negeri hingga tengah hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

-Advertisement-

Menerusi amaran cuaca yang dikeluarkan pada 8.30 pagi ini, MetMalaysia memaklumkan negeri terlibat ialah Kedah (Langkawi, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang serta Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak).

-Advertisement-

Keadaan sama turut dijangka melanda Pahang (Kuantan dan Pekan), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat) serta Melaka (Melaka Tengah dan Jasin).

Di Johor pula membabitkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru manakala di Sabah, ramalan cuaca itu mungkin berlaku di Kudat.
-BERNAMA
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427