RIYADH 11 March 2026 (The Capital Post)- Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo, dilaporkan menjalani rawatan pressotherapy sebagai sebahagian daripada proses pemulihan fizikalnya.
Rawatan berkenaan dipercayai membantu meningkatkan peredaran darah serta mempercepatkan pemulihan otot selepas menjalani latihan dan perlawanan yang intensif.
Pemain berusia 41 tahun itu yang kini beraksi bersama kelab Arab Saudi, Al-Nassr FC, sering menekankan kepentingan penjagaan tubuh badan bagi memastikan dirinya terus berada pada tahap kecergasan terbaik.
-Advertisement-
Pressotherapy merupakan satu kaedah terapi moden yang menggunakan tekanan udara secara berperingkat bagi merangsang sistem limfa dan membantu mengurangkan keletihan otot.
Pendekatan tersebut dilihat sebagai antara faktor yang membantu Ronaldo mengekalkan prestasi tinggi walaupun telah lama beraksi di peringkat tertinggi bola sepak dunia.-The Capital Post