WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (23673) ORDER BY meta_id ASC

Ronaldo perlu satu gol lagi untuk cipta sejarah » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Ronaldo perlu satu gol lagi untuk cipta sejarah

Estimate Reading Time: < 1 minute

BUDAPEST – Penyerang prolifik Portugal, Cristiano Ronaldo kini kekurangan satu gol sahaja lagi untuk memahat nama selaku penjaring gol antarabangsa terbanyak di dunia.

-Advertisement-

Ronaldo, 36, ketika ini sudah meledak 109 gol dalam 177 penampilan di peringkat antarabangsa sekali gus menyamai rekod semasa dipegang legenda bola sepak Iran, Ali Daei yang melakukannya sepanjang 149 perlawanan dari 1993 hingga 2006.

Kejayaan tersebut terhasil menerusi dua jaringan daripada pemenang lima Ballon d’Or itu buat Portugal ketika seri 2-2 dengan juara dunia, Perancis pada aksi terakhir Kumpulan F, Euro 2020 di Puskas Arena sebentar tadi.

Lebih bermakna, pencapaian peribadi Ronaldo itu secara tidak langsung membantu skuad juara Eropah berkenaan mengesahkan tempat ke peringkat 16 terbaik sebagai salah satu daripada empat pasukan tempat ketiga kejohanan yang mara ke pusingan seterusnya.

-Advertisement-

Ronaldo yang kini beraksi dengan Juventus di Itali, berpeluang memintas rekod Ali Daei sekiranya berjaya meledak gol apabila Portugal berhadapan Belgium dalam aksi peringkat 16 terbaik di Estadio de la Cartuja, Seville pada 28 Jun ini.

Sebagai info, Ronaldo telahpun memahat rekod baharu Euro baru-baru ini sebagai pemain pertama yang menjaringkan gol dalam lima penampilannya beraksi pada kejohanan berprestij Eropah itu.

Bekas bintang Real Madrid dan Manchester United itu juga adalah penjaring terbanyak dalam sejarah penganjuran Euro dengan keseluruhan 14 jaringan setakat ini, memintas rekod lama dipegang Michel Platini iaitu sembilan gol.-KOSMO

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (24648,24645,24644,24640) ORDER BY meta_id ASC