Ronaldo tunjuk isyarat jari tak perlu penalti

Estimate Reading Time: < 1 minute

RIYADH: Cristiano Ronaldo mempamerkan semua kualiti dimilikinya ketika mengetuai kemaraan Al-Nassr ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Asia selepas seri tanpa jaringan dengan kelab Iran, Persepolis awal pagi tadi.

-Advertisement-

Selepas hanya dua minit bekas bintang Liverpool, Sadio Mane membuat umpanan silang dari sebelah kanan untuk mencari Ronaldo.

Ronaldo pada awalnya cuba melakukan rembatan voli namun apabila dihadang dia berusaha untuk merebut bola kembali.

Ketika dia berpusing untuk merebut bola, dia terjatuh dengan pengadil dari China pantas menghadiahkan sepakan penalti sekali gus menyebabkan kemarahan pemain Persepolis.
Ulang tayang menunjukkan tiada sebarang terjahan ke atas Ronaldo namun pujian terhadap bintang Portugal itu apabila dia bangun dan menggoyangkan jarinya untuk memberitahu pengadil supaya mengubah keputusannya.

-Advertisement-

Ronaldo disanjung peminat dan penyokong kerana semangat kesukanannya tetapi pengadil kemudian merujuk kepada VAR sebelum mengubah keputusan awalnya.

Ulang tayang di monitor VAR jelas menunjukkan tiada sebarang kekasaran ke atas bekas bintang Manchester United dan Real Madrid itu.

Al-Nassr, yang beraksi 10 pemain apabila Ali Lajami dibuang padang pada minit ke-17, akhirnya seri perlawanan itu 0-0 tetapi satu mata sudah cukup buat mereka memastikan tempat ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Asia.
-AGENSI
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373