“Saya akan terus guna ayat al-Quran, tafsiran dalam ucapan” – Anwar

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan akan terus menggunakan ayat al-Quran serta tafsiran dalam ucapannya biarpun sebelum ini menerima kritikan berhubung petikan surah al-Kahfi.

-Advertisement-

Perdana Menteri bagaimanapun berkata, beliau akan merujuknya dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terlebih dahulu bagi mengelak ia menjadi bahan kontroversi.

“Saya syukur kerana apa dilontarkan di perhimpunna Jabatan Perdana Menteri ini menimbulkan minat terutama kepada anak muda untuk membaca dan menelaah, bukan sekadar membaca al-Quran tetapi menelaah lebih mendalam.

“Saya anggap (ini) penting (dan) bulan-bulan lain, saya (akan) baca ayat al-Quran lain dan tafsir supaya mengalakkan ada perbahasan lain tetapi saya rujuk JAKIM terlebih dahulu supaya elak daripada kontroversi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di PUSPANITAPURI di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Anwar pada perhimpunan bersama warga JPM pada Disember tahun lalu, memetik berhubung kisah tujuh pemuda Ashabul Kahfiseperti yang terdapat dalam surah al-Kahfi bersama tafsiran dalam ucapannya.

-Advertisement-

Bagaimanapun, tular di media sosial seorang penceramah bebas mengupas ucapan Anwar berkaitan tujuh pemuda Ashabul Kahfi itu sehingga menjadi polemik.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, beliau bukan mahu mempertahankan pendiriannya berhubung penggunaan ayat al-Quran sebaliknya menekankan mengenai soal nilai dan akhlak.

“Saya ulang teliti semula ucapan yang dirakam dan maksud saya ialah dalam keghairahan kita memacu pertumbuhan ekonomi, digital, meningkat mutu kesihatan, jangan tinggal soal nilai kemanusiaan.

“Keadilan dan akhlak yang baik itu ditekankan dan ini juga pengajaran daripada kisah anak muda (Ashabul Kahfi) yang mempunyai kecekalan, mempertahankan prinsip dan beriman kepada Allah SWT,” katanya.

– BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373