SELANGOR 13 Ogos 2026 (The Capital Post) – Pasukan bola sepak wanita Selangor mencatat kemenangan bergaya apabila menewaskan pasukan Wilayah Persekutuan dengan keputusan 7-0 dalam saingan Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026.
Kemenangan besar tersebut menyaksikan Selangor mendominasi perlawanan menerusi persembahan yang bertenaga dan tersusun, sekali gus mengukuhkan momentum pasukan dalam kejohanan berkenaan.
Kejayaan itu turut mendapat perhatian Ketua Kontinjen SUKMA Selangor, YB Tuan Abbas Salimmi bin Che Adzmi@Azmi, yang hadir menyaksikan perlawanan dan memberikan sokongan kepada para atlet negeri.
-Advertisement-
Prestasi cemerlang pasukan bola sepak wanita Selangor menjadi bukti semangat juang serta kerjasama berpasukan yang diterapkan dalam kalangan pemain sepanjang saingan SUKMA XXII.
Kemenangan 7-0 itu diharap menjadi suntikan motivasi kepada pasukan untuk meneruskan rentak positif dan memburu lebih banyak kejayaan dalam temasya sukan terbesar peringkat negeri tersebut. – The Capital Post