Selangor Perkenal Subsidi Pengangkutan Awam

Estimate Reading Time: < 1 minute

SHAH ALAM 29 Mei 2026 (The Capital Post) – Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor yang memperkenalkan inisiatif khas bagi meringankan beban kos pengangkutan awam dalam kalangan rakyat negeri itu.

 

Inisiatif berkenaan disempurnakan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor yang menyasarkan bantuan subsidi tambang sebanyak RM30 sebulan untuk tempoh enam bulan kepada warga Selangor yang layak.

Menurut kenyataan, program tersebut hanya terhad kepada 50,000 pemohon terawal dan tertakluk kepada syarat serta kelulusan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri.

-Advertisement-

Permohonan bagi inisiatif ini akan dibuka bermula 1 Jun 2026, dan orang ramai digalakkan untuk membuat persediaan awal memandangkan dijangka menerima sambutan yang tinggi daripada masyarakat.

Orang ramai juga disarankan untuk memuat turun aplikasi NINE serta melengkapkan proses pengesahan kendiri (eKYC) bagi memudahkan permohonan dibuat sebaik sahaja ia dibuka secara rasmi. – The Capital Post