WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (24536) ORDER BY meta_id ASC

Semakan keputusan institut pengajian awam dibuka esok » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Semakan keputusan institut pengajian awam dibuka esok

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Keputusan permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) peringkat Sijil, Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Senibina UiTM Sesi Akademik 2021/2022 bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan esok.

-Advertisement-

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, semakan keputusan itu boleh dilakukan secara dalam talian bermula jam 12 tengah hari.

Semakan boleh dilakukan melalui pautan https://jpt.utm.my, http://jpt.uum.edu.my, https://jpt.unimas.my, http://jpt.ums.edu.my dan http://jpt.umt.edu.my.

Pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran pula boleh dicetak bermula 17 Julai hingga 26 Julai 2021 di laman web Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

“Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA dan ILKA kepada yang berjaya bermula 17 Julai selepas calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh 10 hari seperti yang dinyatakan.

“Hanya pemohon yang gagal dan mendapat tawaran program sijil boleh mengemukakan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke UA dan Politeknik di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 11 hari bermula esok sehingga 26 Julai 2021.

-Advertisement-

“Bagi rayuan Kolej Komuniti dan ILKA, permohonan boleh dimajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline,” katanya.

Pada masa sama, KPT berkata, tawaran tempat bagi sesi akademik 2021/2022 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran tidak dibenarkan.

KPT berkata, dasar pemilihan rayuan pelajar adalah tertakluk kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi di talian03 – 8870 6765/ 6769/ 6121/ 6829/ 6751/ 6774 emelupu@mohe. gov.my, Facebook KEMASUKAN BPKP JPT,Instagram@KEMASUKANBkpa,

Sistem Maklum Balas https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/UPUChat :http://upu-chat.ml/UPUChat/UPU_DaftarMasuk

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (24648,24645,24644,24640) ORDER BY meta_id ASC