WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (1889) ORDER BY meta_id ASC

Semua pihak digesa patuhi peraturan, etika kempen » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Semua pihak digesa patuhi peraturan, etika kempen

Estimate Reading Time: 2 minutes

PUTRAJAYA: Semua pihak diingatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan dan etika pilihan raya sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, sehingga jam 11.59 malam, 15 November ini.

-Advertisement-

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun, berkata sebarang aktiviti kempen seperti jamuan makanan dan minuman serta pemberian hadiah, sama ada barangan atau wang secara rasuah yang boleh mempengaruhi pengundi, adalah kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Beliau juga mengingatkan apa-apa tindakan atau pernyataan yang mengganggu mana-mana pengundi daripada menjalankan hak mereka untuk memilih secara bebas juga adalah kesalahan di bawah akta sama.

Katanya, ia termasuk tindakan atau pernyataan yang bertujuan atau cenderung untuk mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati atau permusuhan antara kaum, selain yang mengancam hendak menggunakan kekerasan, keganasan ataupun halangan terhadap pengundi.

“Selain itu, tindakan atau pernyataan yang mengancam hendak mengenakan apa-apa bencana, kecacatan, kerosakan atau kerugian keduniaan atau kerohanian ke atas pengundi.

“Tindakan atau pernyataan yang mendorong mana-mana pengundi supaya mempercayai dia atau mana-mana orang akan menjadi seorang yang dimurkai Tuhan atau yang dicela kerohaniannya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Azhar berkata, SPR juga mengingatkan calon atau parti yang diwakilinya agar tidak menyalahgunakan aset atau kuasa kerajaan untuk meraih undi.

-Advertisement-

“Calon dan juga pihak yang terbabit hendaklah berkempen secara berhemah dan mengikut etika yang menjamin keharmonian masyarakat. Segala arahan pihak berkuasa, terutama dari SPR, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) hendaklah sentiasa dipatuhi.

“Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau apa-apa keterangan mengenai pelanggaran undang-undang oleh mereka yang terbabit dalam aktiviti kempen disaran melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa yang berkenaan.

“Sehubungan dengan ini, apa-apa perbuatan membabitkan amalan rasuah haruslah dilaporkan kepada SPRM, manakala bagi kesalahan lain di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya atau Kanun Keseksaan dilaporkan kepada polis,” katanya.

Beliau juga mengingatkan sebarang kempen atau aktiviti merayu undi adalah dilarang pada hari mengundi.

“Ini termasuklah melalui saluran media sosial. Kesemua parti dilarang untuk membuka, membina atau menyelenggarakan pejabat atau barung semasa hari mengundi.

“SPR berharap semua pihak mematuhi undang-undang, peraturan dan etika kempen pilihan raya di PRK tersebut bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya dan tidak menggugat ketenteraman dan keselamatan awam,” katanya. -Bharian

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (5655,5651,5649,5647) ORDER BY meta_id ASC