Serah Terima Tugas KPB Batang Kali

Estimate Reading Time: < 1 minute

HULU SELANGOR, 26 Mei 2026 (The Capital Post) – Bertempat di Bilik GTR IPD Hulu Selangor, Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Balai (KPB) Batang Kali telah berlangsung bagi melancarkan proses pertukaran jawatan di peringkat balai polis.

Majlis tersebut menyaksikan SM Hafizat bin Saleh menyerahkan tugas kepada Sjn Khatijah binti Nus, dan telah disaksikan oleh YDH P/ACP Ibrahim bin Husin, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor.

Dalam majlis berkenaan, YDH P/ACP Ibrahim bin Husin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada SM Hafizat bin Saleh atas jasa, khidmat bakti serta dedikasi sepanjang tempoh perkhidmatan di IPD Hulu Selangor. Beliau turut mengucapkan tahniah atas kenaikan pangkat sebagai Sub Inspektor serta mendoakan agar beliau terus cemerlang dalam penugasan akan datang.

-Advertisement-

Pada masa yang sama, beliau turut mengalu-alukan pelantikan Sjn Khatijah binti Nus sebagai Pemangku Ketua Polis Balai Batang Kali dan berharap amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh integriti, komitmen dan profesionalisme.

Majlis turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Polis Balai, PRP serta PA dan berlangsung dalam suasana tertib serta berjalan dengan lancar. – The Capital Post