SheLeads 2026 Perkasa Wanita Menerusi AI

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR 13 September 2026 (The Capital Post) – Majlis Perasmian SheLeads 2026 yang mengetengahkan pemerkasaan wanita dalam bidang perniagaan dan keusahawanan menerusi penggunaan teknologi serta kecerdasan buatan (AI) telah berlangsung hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pelaburan dan Pengurusan), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), YBrs. Encik Jaya Singam A/L A. Rajoo.

Dianjurkan oleh JCI Kuala Lumpur, SheLeads 2026 membawa tema “Scale Your Impact – The AI Multiplier for Women in Business” dengan memberi tumpuan kepada peranan teknologi dan AI dalam membantu wanita mengembangkan potensi serta daya saing perniagaan.

Program berkenaan turut menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran mengenai manfaat penggunaan teknologi dalam operasi perniagaan, termasuk usaha memperluas skala, meningkatkan kecekapan dan mewujudkan peluang baharu dalam persekitaran perniagaan yang semakin dipacu oleh inovasi.

-Advertisement-

MITI menegaskan komitmennya untuk terus menyokong usaha memperkukuh penyertaan wanita dalam ekosistem perniagaan dan keusahawanan negara, khususnya melalui pemanfaatan teknologi serta inovasi.

Pendekatan tersebut dilihat penting bagi membantu usahawan wanita membina perniagaan yang lebih berdaya tahan, kompetitif serta mampu menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi dan keperluan pasaran.

SheLeads 2026 sekali gus mencerminkan usaha berterusan untuk memperkasa wanita sebagai peneraju perniagaan dan memastikan mereka mempunyai akses kepada pengetahuan serta peluang yang diperlukan bagi menghadapi cabaran masa hadapan – The Capital Post