Simposium Pendidikan Manusiawi 2026 diperkasa

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 10 Julai 2026 (The Capital Post) – Simposium Kebangsaan Pendidikan Manusiawi Kali Pertama Tahun 2026 menjadi platform penting dalam memperkukuh sistem pendidikan negara menerusi perkongsian amalan terbaik, hasil penyelidikan serta inovasi berteraskan nilai kemanusiaan.

Majlis Perasmian Penutupan Simposium Kebangsaan Pendidikan Manusiawi Kali Pertama Tahun 2026 telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah), YBrs. Tuan Zainal bin Abas hari ini.

Bertemakan “Pendidikan Manusiawi: Mendepani Revolusi Pendidikan 5.0 Berteraskan Teknologi dan Nilai Kemanusiaan”, simposium berkenaan menghimpunkan pemimpin pendidikan, guru, penyelidik serta pengamal pendidikan dari seluruh negara bagi berkongsi amalan terbaik, hasil penyelidikan dan inovasi dalam memperkasa pendidikan yang inklusif serta berteraskan nilai kemanusiaan.

Penganjuran simposium itu mencerminkan komitmen Kementerian Pendidikan (KPM) dalam merealisasikan aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 ke arah sistem pendidikan yang terangkum, dinamik dan relevan dengan cabaran semasa.

-Advertisement-

Pendekatan Pendidikan Manusiawi memberi penekanan kepada keseimbangan antara kemajuan teknologi dan pembangunan nilai kemanusiaan dalam menghadapi perubahan landskap pendidikan menerusi Revolusi Pendidikan 5.0.

Menurut satu hantaran di laman Facebook rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, simposium ini turut menekankan peranan guru sebagai nadi utama dalam membentuk generasi masa hadapan menerusi tema “Guru Bitara Nadi Negara”. – The Capital Post.