WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (27439) ORDER BY meta_id ASC

Sindiket pelacuran sewa banglo RM3,600 sehari jadi ‘sarang’ » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Sindiket pelacuran sewa banglo RM3,600 sehari jadi ‘sarang’

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Satu sindiket pelacuran wanita warga Vietnam menyewa banglo mewah hanya untuk tempoh masa singkat dengan kadar RM3,600 sehari sebagai modus operandi supaya kegiatan itu tidak dihidu pihak berkuasa.

-Advertisement-

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mohamad Noor Yusof Ali berkata, serbuan dibuat di banglo terletak di Jalan Klang Lama itu selepas risikan terhadap kegiatan itu dilakukan selama beberapa hari.

Katanya, dalam serbuan berkenaan polis menahan 16 wanita warga Vietnam berusia antara 21 hingga 31 tahun selain lima lelaki tempatan yang berperanan sebagai “transporter” serta seorang lelaki tempatan yang juga ejen bagi sindiket pelacuran berkenaan berusia antara 21 hingga 33 tahun.

Noor berkata, siasatan awal dilakukan mendapati sindiket pelacuran itu mempromosikan kegiatan berkenaan menerusi media sosial termasuk aplikasi WeChat, WhatsApp, Telegram dan Instagram.

“Ejen sindiket ini akan membuat tawaran kepada pelanggan di media sosial sebelum menetapkan lokasi seperti kondominium serta banglo mewah dan harga (bagi khidmat pelacur).

-Advertisement-

“Dalam serbuan ini, perkhidmatan wanita berkenaan bagi menemani pelanggan minum (arak) serta berhibur selain perkhidmatan seks dikenakan bayaran antara RM1,300 hingga RM2,500 bagi setiap seorang (pelacur) bagi tempoh masa bermula malam ini (semalam) hingga tengah hari esok (hari ini),” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, rumah banglo mewah itu turut dilengkapi dengan peralatan disko, meja permainan pool dan lain-lain kelengkapan untuk aktiviti hiburan.

Katanya, pemeriksaan dilakukan mendapati hanya seorang daripada 16 wanita warga Vietnam yang ditahan tidak mempunyai pasport. Pada masa sama siasatan turut dilakukan bagi mengesan sekiranya ada berlaku kegiatan penyalahgunaan dadah.

“Semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan; Seksyen 55B(1), Seksyen 15(1) dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63, serta Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963,” katanya.-FMT

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33320,33317,33315,33312) ORDER BY meta_id ASC