SOP pengambilan pekerja asing sektor tukang gunting, emas dan tekstil diputuskan minggu depan

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bermesyuarat minggu depan bagi memperincikan prosedur pengambilan pekerja asing bagi subsektor perkhidmatan tukang gunting rambut, pekerja tekstil dan tukang emas.

-Advertisement-

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar, berkata sebaik sahaja semua prosedur diperincikan, permohonan bagi mengisi kuota dibenarkan bagi tiga subsektor berkenaan akan dibuka.

“Buat masa ini, permohonan masih belum dibuka. Permohonan terbabit akan dibuka dalam tempoh terdekat.

“Minggu depan KSM dan KDN akan bermesyuarat untuk memperincikan prosedur sebelum membuka dan memproses permohonan baharu untuk subsektor terbabit,” katanya selepas menyempurnakan Seminar Memerangi Buruh Paksa di Malaysia, hari ini.

Jemaah Menteri sebelum ini bersetuju membuka sebanyak 7,500 kuota bagi pengambilan subsektor perkhidmatan tukang gunting rambut, pekerja tekstil dan tukang emas.

-Advertisement-

Ia susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuka semula pengambilan pekerja asing bagi tiga subsektor perkhidmatan itu yang sebelum ini dibekukan sejak tahun 2009.

Susulan itu, KSN bersama KDN serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperhalusi mekanisme yang bersesuaian bagi tujuan pelaksanaan proses berkenaan.

Mekanisme itu penting berikutan kerajaan pada masa ini sudah menghentikan permohonan dan kelulusan kuota pekerja asing.
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373