SSM Keluarkan Tiga Kompaun Dalam Operasi Bersepadu Di Puchong

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUCHONG 25 SEPTEMBER 2026 (The Capital Post) – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Selangor mengeluarkan tiga kompaun dalam operasi bersepadu anjuran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor serta Indah Water Konsortium (IWK).

Operasi bersepadu yang berlangsung pada 13 Ogos lalu itu melibatkan seramai 130 pegawai penguat kuasa daripada agensi terlibat bagi menjalankan pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan di kawasan Puchong.

Menerusi operasi berkenaan, SSM telah mengeluarkan tiga kompaun mengikut peruntukan Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957 dan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.

-Advertisement-

Penglibatan SSM dalam operasi bersepadu itu mencerminkan kerjasama antara agensi dalam memastikan pematuhan terhadap peraturan berkaitan pendaftaran perniagaan serta memperkukuh usaha penguatkuasaan di peringkat setempat.

Operasi seumpama itu turut memberi ruang kepada agensi penguat kuasa untuk menjalankan pemeriksaan secara bersama dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap sebarang ketidakpatuhan yang dikesan. – The Capital Post