WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (23991) ORDER BY meta_id ASC

STPM : PNGK meningkat 2.89 berbanding 2019. » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

STPM : PNGK meningkat 2.89 berbanding 2019.

Estimate Reading Time: < 1 minute

JOHOR BAHRU: Seramai 102 calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2020 di Johor mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 iaitu peningkatan 0.09 peratus berbanding keputusan STPM tahun 2019.

-Advertisement-

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang, berkata daripada jumlah itu, 87 calon adalah daripada aliran Sastera manakala 15 calon lagi daripada aliran Sains.

-Advertisement-

Katanya, 59 calon cemerlang STPM ialah perempuan manakala 43 calon lelaki.

“PNGK negeri Johor bagi STPM 2020 ialah 2.89, peningkatan sebanyak 0.02 mata berbanding pencapaian STPM 2019 iaitu 2.87 mata dan PNGK peringkat nasional bagi tahun 2020 adalah 2.78.

“Daripada segi kelulusan peringkat prinsipal bagi tahun 2020, peratus calon yang lulus penuh 1 hingga 5 mata pelajaran adalah 99.55 peratus dengan 64 daripada 75 sekolah (85.33 peratus) mencapai kelulusan penuh 100 peratus.

“Seramai 178 calon lulus penuh lima mata pelajaran, 3,148 calon lulus penuh empat mata pelajaran, 545 calon lulus penuh tiga mata pelajaran, 249 calon lulus penuh dua mata pelajaran dan 120 calon lulus penuh satu mata pelajaran,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mazlan berkata, dua calon mendapat keputusan terbaik STPM 2020 iaitu Tio Guo Yong dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Habab, Kota Tinggi dan Intan Nurhidayah Lim dari SMK Dato’ Sulaiman, Batu Pahat.

Katanya, antara sekolah yang menghasilkan ramai calon terbaik dalam STPM 2020 adalah Kolej Tingkatan Enam Pontian, Pontian; SMK Taman Johor Jaya (1), Pasir Gudang; SMK Tinggi Batu Pahat, Batu Pahat; SMK Sultan Ibrahim, Kulai; SMK Tun Dr. Ismail, Muar dan SMK Tasek Utara, Johor Bahru.

“Berdasarkan kepada prestasi calon mengikut mata pelajaran, didapati daripada 20 mata pelajaran yang diambil oleh calon negeri Johor, 18 mata pelajaran telah mencatat keputusan melebihi 80 peratus lulus penuh.

“Mata pelajaran Sains Sukan adalah mata pelajaran yang mencapai peratus lulus penuh tertinggi iaitu 99.29 peratus lulus penuh,” katanya.

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (24648,24645,24644,24640) ORDER BY meta_id ASC