WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (2532) ORDER BY meta_id ASC

Sudut digital akan diwujudkan di Labuan » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Sudut digital akan diwujudkan di Labuan

Estimate Reading Time: < 1 minute

LABUAN,- Perbadanan Labuan akan mewujudkan sudut digital di Sekolah Antarabangsa Labuan (LIS) dan Perpustakaan Awam di Menara Perbadanan Labuan dalam waktu terdekat.

-Advertisement-

Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Fary Akmal Osman berkata sudut digital itu, dengan bantuan jurulatih daripada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) adalah untuk membantu usahawan setempat mendapatkan maklumat mengenai teknologi digital terkini bagi aktiviti berkaitan pengembangan perniagaan.

“Sudut digital itu akan membolehkan usahawan kecil dan sederhana belajar teknologi digital dalam menjalankan perniagaan, memasarkan produk secara dalam talian atau mana-mana platform media sosial,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata usahawan Labuan perlu kuasai teknologi digital untuk setanding dengan mereka yang sudah lama mengusahakan perniagaan dalam talian yang mampu mengubah kehidupan mereka secara menyeluruh.

“Labuan mempunyai produk sendiri seperti ikan bilis berkualiti tinggi, mutiara dan tekstil yang mampu mendapat tempat dalam pasaran terbuka,” katanya.

-Advertisement-

Beliau berkata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad akan menyampaikan peruntukan agi operasi dua sudut digital itu pada Jumaat atau Sabtu ini kepada Perbadanan Labuan dan LIS.

Fary berkata Labuan akan memanfaatkan pelancongan pintar menerusi pendigitalan dalam usaha mentransformasi sektor pelancongan pulau ini dan beralih daripada kaedah tradisional dalam mempromosikan pelancongan.

“Kami akan menyediakan aplikasi untuk pelancong memeriksa destinasi popular dan tempat makan unik di Labuan,” katanya.

Berhubung sektor pendidikan di Labuan, katanya perbincangan telah diadakan dengan Kementerian Pendidikan berhubung keperluan mempunyai sekurang-kurangnya satu kampus cawangan institusi pengajian tinggi awam untuk program ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) (bidang logistik, aeroangkasa dan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) atau dron) di pulau ini dan meningkatkan jumlah pengambilan pelajar Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).– BERNAMA

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (5655,5651,5649,5647) ORDER BY meta_id ASC