WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (26536) ORDER BY meta_id ASC

Sultan Terengganu titah tindakan lebih tegas langgar SOP » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Sultan Terengganu titah tindakan lebih tegas langgar SOP

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan tindakan lebih tegas diambil untuk memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) dipatuhi.

-Advertisement-

Titahnya, tindakan lebih tegas perlu dilakukan bagi memastikan penularan kes baharu dapat diatasi dalam keadaan sektor ekonomi dibuka.

“Kes COVID-19 di negeri ini menunjukkan trend peningkatan kes yang tinggi sejak pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berbanding PKP 1.0 dan 2.0.

“Jumlah Pusat Kuarantin (QS) serta Pusat Kuarantin Berisiko Rendah (PKRC) semakin meningkat selari dengan peningkatan kes baharu,” titahnya pada Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan negeri Keempat belas, di sini, hari ini.

Titah ucapan Sultan Mizan disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Sultan Mizan bertitah, sebanyak enam pusat kuarantin yang mampu memuatkan seramai 2,967 pesakit dan tujuh PKRC dengan kapisiti 3,139 katil.

Titahnya, kesan daripada penularan pandemik COVID-19, turut menjejaskan kehidupan rakyat terutama ekonomi dan sedang diberi pertimbangan Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) diperkenalkan kerajaan antara kaedah yang berkesan untuk mengawal pandemik.

“Program vaksinasi diberikan secara percuma kepada semua warganegara disalurkan melalui Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ditetapkan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) adalah kaedah terbaik kerajaan untuk melindungi rakyat daripada jangkitan COVID-19,” titahnya.

Sultan Mizan bertitah, lebih 80.2 peratus daripada masyarakat sudah mendaftar untuk menerima vaksin dan sebanyak 15 PPV dibuka di seluruh negeri dan pelbagai program outreach dilaksanakan.

-Advertisement-

“Beta dimaklumkan bahawa CITF persekutuan menghadapi kekangan sumber vaksin di peringkat global menyebabkan kadar penerimaan stok vaksin menghadapi sedikit gangguan bekalan.

“Beta berharap isu gangguan bekalan vaksin dapat diselaraskan sebaik mungkin supaya usaha itu akan dapat membantu kerajaan negeri mencapai imuniti berkelompok sebelum hujung tahun ini atau sebelum Monsun Timur Laut melanda,” titahnya.

Sultan Mizan juga menitahkan seluruh rakyat meningkatkan usaha untuk mendaftar sebagai penerima vaksin menerusi aplikasi MySejahtera, kaunter pendaftaran vaksin di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta.

Titahnya, kerajaan negeri menyediakan pelbagai inisiatif dan program bagi meringankan beban rakyat.

“Antara inisiatif kerajaan negeri bagi meringankan beban rakyat sejak bermulanya PKP 1.0 adalah meluluskan peruntukan sebanyak RM16.29 juta melalui program bantuan pakej rangsangan Terengganu Cakna manakala RM19 juta diperuntukkan melalui program Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu (BERKAT) diluluskan ketika pelaksanaan PKP 2.0 dan RM6.4 juta ketika PKP 3.0.

“Inisiatif lain disediakan kerajaan adalah pengecualian bayaran sewa premis kerajaan, pemberian moratorium kepada peminjam pelajaran Yayasan Terengganu (YT),” titahnya.

Sultan Mizan turut bertitah, kerajaan turut meluluskan peruntukan sebanyak RM268,000 kepada 536 Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) bagi membantu pihak sekolah menyediakan SOP untuk pembukaan sesi persekolahan baharu selain pemberian 1,600 tablet kepada murid miskin serta kemudahan tambah nilai sebanyak RM100 kepada murid miskin yang keluarga berpendapatan RM2,500 ke bawah.

“Beta merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada jawatankuasa CITF yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan negeri dan semua petugas barisan hadapan dan sukarelawan yang bertungkus lumus melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam membantu memerangi COVID-19 dan pengurusan program vaksin di negeri ini,” katanya. -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (27213,27210,27208,27205) ORDER BY meta_id ASC