KUALA LUMPUR 20 Julai 2026 (The Capital Post) – Tayangan skrin besar Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA 2026 menjadi platform yang menghimpunkan rakyat Malaysia dalam suasana penuh meriah, harmoni dan semangat kesukanan, selain meraikan kejayaan sukan bola sepak di peringkat dunia.
Program tersebut turut mendapat sambutan dengan kehadiran Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Dato’ Rahimi Ismail bersama Ahli Parlimen Seputeh, YB Puan Teresa Kok serta Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.
Lebih daripada sekadar tontonan perlawanan akhir, acara berkenaan menjadi ruang interaksi sosial yang menyatukan masyarakat daripada pelbagai latar belakang melalui minat yang sama terhadap sukan bola sepak. Kehadiran para peminat turut mencerminkan nilai perpaduan, kebersamaan dan sokongan terhadap perkembangan sukan di negara ini.
-Advertisement-
Penganjuran tayangan awam tersebut berjaya mewujudkan pengalaman bersama yang penuh bermakna kepada para pengunjung, sekali gus mengukuhkan peranan sukan sebagai medium menyatukan rakyat dan membina hubungan sosial yang lebih erat.
Semangat “Football unites, Malaysia celebrates” terus dizahirkan menerusi penyertaan rakyat yang bersama-sama mencipta kenangan istimewa dalam meraikan detik bersejarah perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026. – The Capital Post