[TERKINI] 221 Wakil Rakyat dititah menghadap Agong

Estimate Reading Time: < 1 minute

Dikemaskini pada 1.30pm, 25 Feb, setelah Istana mengatakan Tun Mahathir tidak perlu hadir untuk sesi temuramah ini.

ISTANA NEGARA, 25 Feb 2020 (The Capital Post) – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menitahkan kesemua 222 Ahli Parlimen Malaysia untuk menghadap Tuanku bagi mendapatkan kata putus sokongan daripada Ahli parlimen sendiri.

Sesi temuramah ini yang akan bermula pada 2.30 petang ini dengan 90 orang Wakil Rakyat daripada Semenanjung Malaysia manakala baki 90 Orang Wakil Rakyat dari Sabah dan Sarawak akan diadakan pada hari esok. Menurut sumber, Sesi temuramah ini diadakan sendiri oleh baginda dan disaksikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Zuki Ali. Setiap pertemuan dijangka akan mengambil masa 2 – 3 minit.

Perkara ini dimaklumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin sebentar tadi di Istana Negara. – The Capital Post


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5464