PARLIMEN, 28 FEB 2020 (The Capital Post) – Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ Mohamad Arrif bin MD Yusof mengesahkan penerimaan sepucuk surat yang ditandatangani YAB Perdana Menteri Interim yang memaklumkan pihak Kerajaan bersetuju untuk Dewan Rakyat memanggil mesyuarat pada Isnin, 2 Mac 2020 depan.
Sebagai Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, beliau mendapati surat berkenaan tidak menepati Peraturan Mesyuarat 11(3) kerana tidak disusuli dengan pemberitahuan Usul yang lengkap dan menurut peraturan mesyuarat (11) 3 pemberitahuan dan tarikh mesyuarat akan dikeluarkan oleh Yang Di-Pertua Dewan Rakyat. Sekatan ini tiada Notis ini dikeluarkan
Speakar Dewan rakyat berkata keperluan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat akan dibuat selepas mendapat pemakluman titah rasmi daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkaitan proses pemilihan Perdana Menteri.
Oleh itu speaker memutuskan tiada mesyuarat khas dewan rakyat pada Isnin 2, Mac 2020 – The Capital Post