“Tiada Kelulusan untuk Membina Lapangan Terbang Pulau Tioman” – Kementerian Pengangkutan Malaysia

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 12 Nov 19 – (The Capital Post) Kementerian Pengangkutan Malaysia menafikan bahawa Kerajaan Persekutuan telah memberikan kelulusan untuk membina lapangan terbang Pulau Tioman sekaligus menyangkal kenyataan YAB Dato Sri Wan Rosdy, Menteri Besar Pahang yang berkata Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Pahang telah mencapai kata putus dalam membina sebuah lapangan terbang baharu di Pulau Tioman.

-Advertisement-

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia, bahawa cadangan tersebut perlu dibentangkan terlebih dahulu dalam Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) sebelum pihak kementerian dan Kerajaan Malaysia membuat sesebuah keputusan dan memaklumkan bahawa  sehingga kini, tiada sebarang keputusan yang telah dibuat oleh Kerajaan Persekutuan berhubung pelaksanaan projek pembinaan lapangan terbang tersebut.

Kenyataan media ini dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan Jalan selepas Menteri Besar Pahang mengeluarkan kenyatan di facebook mengenai kelulusan pembinaan lapangan terbang baharu di Pulau Tioman yang dilihat mampu membawa masuk ramai pengunjung dari dalam dan luar negera.

-Advertisement-

Menurut Menteri Besar Pahang tersebut, buat masa kini lebih 260,000 ribu pelancong melawat pulau berkenaan saban tahun setelah disenaraikan sebagai salah satu pulau paling cantik di dunia. Dengan peningkatan jumlah pelanconh, ekonomi tempatan juga dikatakan akan lebih kua dan luas.- The Capital Post.

Kenyataan Media Kementerian Pengangkutan Malaysia.