‘Tiada keperluan dedah identiti Mr H’

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Identiti individu yang disebutkan sebagai Mr H dalam kes video membabitkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) tidak akan didedahkan.

-Advertisement-

Ini kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyifatkan tiada keperluan untuk mendedahkan identiti berkenaan memandangkan siasatan masih dijalankan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata pendedahan identiti Mr H dikhuatiri akan mengganggu siasatan.

“PDRM menerusi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah memanggil semula Mr H pada hari ini bagi tujuan sambungan rakaman percakapan.

-Advertisement-

“Setakat ini pihak polis sudah memanggil lapan individu bagi membantu siasatan,” katanya kepada BH hari ini.

Razarudin berkata, selain lapan individu terbabit, pihaknya mengesahkan tiada individu lain yang akan dipanggil selepas ini.
“Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara esok, selari dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373