Tindakan tatatertib ke atas ketua balai polis positif dadah

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Ketua balai polis yang ditahan kerana disyaki positif dadah ketika berhibur di sebuah pusat hiburan di Pandan Perdana, di sini, Jumaat lalu bakal berdepan tindakan tatatertib.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad berkata serbuan itu turut dijalankan pasukan Risikan Operasi JIPS Bukit Aman susulan maklumat yang diperoleh.

“Seperti biasa siasatan selari tindakan tatatertib akan dibuat susulan penahanan pegawai terbabit,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

-Advertisement-

Media semalam melaporkan pegawai kanan polis itu ‘kantoi’ mengambil dadah ketika berhibur di pusat hiburan berkenaan selepas ujian air kencing mengesahkan kehadiran empat jenis bahan terlarang dalam tubuhnya.

Lelaki berusia 43 tahun itu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman ketika berhibur dan dipercayai mengambil jus disyaki mengandungi dadah di pusat hiburan itu, jam 5.05 petang.
-BeritaHarian