PETALING JAYA, 17 Mei 2026 (The Capital Post) — Tropicana Corporation Berhad terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri hartanah negara selepas diiktiraf sebagai salah satu daripada Top 10 Developers Malaysia pada StarProperty Real Estate Developer Awards 2026.
Dalam masa sama, projek Tropicana Avalon’s Breeze Hill turut mencatat kejayaan berganda apabila memenangi anugerah di StarProperty Real Estate Developer Awards 2026 dan Asia Pacific Property Awards 2026–2027 (APPA).
Breeze Hill Service Apartments menerima “The Family Friendly Award – Best Family-Centric Development (High-Rise), Pahang” di StarProperty Awards, manakala Breeze Hill Shoppes & Service Apartments dianugerahkan “Leisure Development (Five-Star Award)” di APPA.
Tropicana turut diiktiraf sebagai salah satu daripada Top 10 Performing Listed Companies di Malaysia, sekali gus memperkukuh visi OneTropicana: Connecting Communities, Forging Futures.
Kejayaan itu juga menandakan kemenangan ke-10 berturut-turut Tropicana di StarProperty sejak 2016 serta kemenangan tahun ke-13 di APPA.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tropicana, Dennis Ng berkata syarikat itu telah berkembang daripada pemaju berkonsepkan resort kepada perancang komuniti mampan sepanjang 47 tahun penubuhannya.
Beliau berkata pengiktirafan yang diterima menjadi bukti komitmen jangka panjang Tropicana dalam membangunkan projek berteraskan kelestarian serta ESG melalui pembangunan yang berfokus kepada komuniti.
Menurut beliau, kejayaan tersebut turut mencerminkan komitmen syarikat terhadap visi OneTropicana dan usaha berterusan dalam membina pembangunan bersepadu yang mampan.
Ditubuhkan pada 1979, Tropicana kini telah membangunkan lebih 20 township dan menyiapkan lebih 100 projek pembangunan di seluruh Malaysia dengan lebih 32,000 pemilik hartanah berada dalam ekosistem komuniti syarikat itu.
Selain pembangunan hartanah, Tropicana Foundation turut menyumbang lebih RM56.8 juta kepada pelbagai inisiatif komuniti dan sosial di negara ini.
Menurut StarProperty, Breeze Hill Service Apartments dipilih sebagai pemenang kategori pembangunan mesra keluarga kerana menampilkan persekitaran selamat serta kemudahan rekreasi yang membantu mengeratkan hubungan kekeluargaan dalam komuniti.
Sementara itu, APPA mengiktiraf Breeze Hill Shoppes & Service Apartments menerusi kategori pembangunan rekreasi lima bintang yang menyediakan elemen gaya hidup dan aktiviti santai dalam pembangunan komersialnya.
Kemenangan tersebut turut melayakkan projek itu dicalonkan bagi kategori “Best Leisure Development Asia Pacific” di International Property Awards 2026–2027. – The Capital Post
-Advertisement-