Trump ‘menang bergaya’ di Iowa, mara untuk ‘tawan’ New Hampshire

Estimate Reading Time: < 1 minute

NEW YORK: Donald Trump mara ke New Hampshire selepas kemenangan besar di Iowa, sekali gus mengukuhkan kedudukannya calon Presiden Amerika Syarikat (AS) terunggul parti Republikan.

-Advertisement-

Malah, bekas presiden AS itu sempat singgah dulu di mahkamah bagi menjawab pertuduhan pencabulan seks terhadapnya, membuktikan kedudukannya masih sukar digugat meskipun dirundung pelbagai skandal, masalah dan kes mahkamah.

Bekas presiden yang dua kali berdepan pendakwaan itu, menang bergaya dalam perlumbaan menerajui Rumah Putih pada pemilihan 2024, dengan memperoleh 51 peratus undi Republikan untuk mengalahkan pesaing Ron DeSantis dan Nikki Haley untuk kemenangan terbesar dalam sejarah Iowa.

Kemenangan dalam pemilihan utama New Hampshire Selasa depan bermakna Trump, 77, boleh mengesahkan pencalonan Republikan yang bakal menyaksikan beliau ‘membalas dendam’ terhadap kekalahannya kepada Joe Biden pada 2020.

Menjadi sensasi besar jika Trump berjaya kembali ke Rumah Putih dengan mengharungi puluhan kes mahkamah dan pelbagai skandal terhadapnya, yang pasti sudah lama ‘membunuh’ kerjaya politik mana-mana calon lain.

Namun, sebelum menuju ke negeri di New England itu, Trump perlu hadir di mahkamah New York bagi menghadapi perbicaran tuduhan fitnah susulan juri mendapatinya bertanggungjawab atas serangan seksual sekitar 1990-an terhadap penulis E Jean Carroll.

-Advertisement-

Trump pada dasarnya, ‘memanfaatkan’ kes Carroll dan 91 tuduhan jenayah terhadapnya termasuk usaha untuk membatalkan kekalahan 2020 kepada Biden, bagi merangsang penyokong Republik dengan dakwaan wujud ‘konspirasi peringkat tertinggi’ cuba menghalangnya menjadi Ppresiden AS.

Walaupun pada awal ucapan kemenangan Trump di Iowa beliau mengatakan sudah tiba masa ‘semua orang dan negara bersatu’, tidak lama kemudian beliau kembali kepada retorik keras yang menjanjikan salah satu pilihan raya yang paling memecah belahkan dalam sejarah AS.

– AFP

– BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373