TUDM terbangkan bayi pesakit jantung dari Sabah

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan penerbangan ihsan membawa seorang bayi berusia 18 hari dari Kota Kinabalu ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini, hari ini.

-Advertisement-

TUDM memaklumkan penerbangan ihsan itu bertujuan membolehkan bayi yang mengalami masalah jantung (Infracardiac Total Anomalous Pulmonary Venous Drainage) mendapatkan rujukan pakar dan kemudahan rawatan.

“Pesawat pengangkut A400M daripada No 22 Skuadron berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu jam 5 petang dan selamat tiba di Pangkalan Udara Subang jam 7.30 malam tadi,” kata kenyataan itu.

-Advertisement-

Turut mengiringi bayi berkenaan adalah warisnya, Jummy Juin dan Junaita Sapit serta petugas perubatan dari Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah.

 


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373