KUALA LUMPUR 15 Julai 2026 (The Capital Post) – Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YB Datuk Hajah Rubiah Haji Wang berkata usaha memperkukuh Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) 2.0 diteruskan menerusi pelaksanaan transformasi sistem akreditasi secara langsung bersama pemain industri utama.
Beliau berkata pendekatan tersebut bertujuan meningkatkan kualiti latihan kemahiran dengan memastikan program TVET lebih selari dengan keperluan semasa industri serta menyediakan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran relevan dan berdaya saing.
Transformasi akreditasi melalui penglibatan industri dilihat mampu memperkukuh hubungan antara institusi latihan dan sektor pekerjaan, selain membuka lebih banyak peluang kepada graduan TVET untuk memenuhi permintaan pasaran tenaga kerja.
-Advertisement-
Kerajaan akan terus memberi tumpuan terhadap pemerkasaan TVET sebagai salah satu agenda penting dalam pembangunan modal insan, khususnya bagi melahirkan tenaga mahir yang mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara – The Capital Post