Usahawan KRT Tampil Produk Kreatif di Minggu Perpaduan

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA 15 Jun 2026 (The Capital Post) – Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan terus menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan masyarakat apabila para usahawan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dari seluruh negara menampilkan pelbagai produk inovatif, kreatif dan berkualiti tinggi yang mencerminkan potensi besar ekonomi komuniti.

Pameran keusahawanan tersebut mendapat perhatian ramai pengunjung yang tertarik dengan hasil produk tempatan yang bukan sahaja unik, malah berdaya saing, sekali gus membuktikan bahawa semangat perpaduan mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi setempat.

Turut hadir memeriahkan program ialah Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang, yang berkesempatan menyantuni para usahawan komuniti serta menzahirkan sokongan terhadap usaha memperkasa ekonomi Rukun Tetangga melalui pelaksanaan inisiatif KRT Progresif.

-Advertisement-

Menurut penganjur, penglibatan aktif usahawan KRT dalam program ini menunjukkan peningkatan keyakinan komuniti dalam meneroka peluang perniagaan serta memperluaskan jaringan ekonomi setempat yang lebih mampan dan inklusif.

Sambutan tersebut turut menegaskan bahawa perpaduan bukan sekadar nilai sosial, tetapi turut menjadi asas kepada kemakmuran bersama apabila komuniti saling menyokong dalam menjana pendapatan dan memperkukuh kesejahteraan hidup. – The Capital Post