SERDANG, 6 September 2026 (The Capital Post) – Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee bin Daud, menyempurnakan Majlis Penyerahan Sijil Usahawan yang berlangsung di Laman HPM KUSKOP @ MAHA 2026, MAEPS, Serdang.
Majlis tersebut turut disertai YBrs. En. Mohamad Shiblie Abg Sapuan, P.B.S., Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional yang mengiringi Ketua Setiausaha KUSKOP sepanjang program berkenaan.
Penyerahan sijil itu menjadi tanda penghargaan dan pengiktirafan terhadap usaha serta kesungguhan para usahawan dalam mengembangkan perniagaan masing-masing.
-Advertisement-
Inisiatif berkenaan turut mencerminkan usaha berterusan dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan negara, selain memberi galakan kepada usahawan untuk terus meningkatkan prestasi serta mengembangkan potensi perniagaan mereka.
Pengiktirafan kepada golongan usahawan diharap dapat menyuntik semangat untuk mereka terus berdaya saing, berinovasi dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. – The Capital Post