Verstappen menang, pesaing Mercedes berlanggar

Estimate Reading Time: < 1 minute

DOHA: Lewis Hamilton gagal menamatkan perlumbaan selepas berlanggar dengan rakan sepasukan Mercedes, George Russell sebelum Max Verstappen yang baru dinobatkan sebagai juara dunia memenangi perlumbaan di Grand Prix Qatar.

-Advertisement-

Selepas mengesahkan gelaran pemandu buat kali ketiga berturut-turut pada perlumbaan pecut di Litar Antarabangsa Losail kelmarin, Verstappen meraih kemenangan dari petak utama, diikuti gandingan McLaren, Oscar Piastri dan Lando Norris.

Tugas Verstappen menjadi lebih mudah selepas Russell dan Hamilton, yang bermula di petak kedua dan ketiga, berlanggar sesama sendiri di selekoh pertama – dengan juara dunia tujuh kali itu terbabas di kawasan berbatu dan rakan sepasukannya tercicir ke belakang perlumbaan.

-Advertisement-

Russell bangkit mengejar dari belakang untuk menamatkan perlumbaan di tempat keempat, di depan pemandu Ferrari, Charles Leclerc.
Verstappen menjadi pemandu pertama mengesahkan kejuaraan dunia menerusi acara pecut.
– AGENSI
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373