“Wajar Tamatkan Darurat Sesegera Mungkin” – Anwar Ibrahim Kepada YDPA

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 9 Jun 2021 (The Capital Post) – “Tidak ada kewajaran untuk melanjutkan darurat melebihi dari 1 Ogos dan ia amat wajar untuk ditamatkan sesegera mungkin.” telah disampaikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Yang DiPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sewaktu mengadap baginda pagi tadi di Istana Negara.

-Advertisement-

Perkara ini dimaklum oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui satu hantaran pos di laman media sosial Facebook.  “Saya menzahirkan kebimbangan terkait langkah darurat yang benar-benar memberi dampak buruk ekonomi negara dan juga kepada warga yang miskin dan melarat.” ujur beliau melalui laman facebook tersebut.

 

-Advertisement-

Yang DiPertuan Agong, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menitahkan semua Ketua Parti Politik untuk menghadap baginda untuk membincangkan situasi covid19 di Malaysia dan keperluan perlanjutan Darurat yang dijangka akhir pada 1 Ogos 2021 ini. – The Capital Post