COVID-19: Pemberian vaksin di Selangor akan ditingkatkan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meningkatkan pengagihan vaksin COVID-19 di Selangor sebanyak 25 peratus dalam tempoh terdekat bagi menampung keperluan vaksinasi populasi penduduk negeri itu.

-Advertisement-

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, berkata setakat ini pengagihan vaksin ke Selangor berada pada kadar 17 peratus daripada penghantaran ke seluruh negara.

“Seperti mana kita maklum, populasi Selangor berusia 18 tahun ke atas berbanding keseluruhan populasi di seluruh negara adalah lebih kurang 20 peratus.

-Advertisement-

“Setakat ini penghantaran vaksin pada minggu ini adalah 17 peratus daripada penghantaran ke seluruh negara dan sebab itu Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) membuat keputusan untuk meningkatkan pemberian vaksin di Selangor,” katanya pada sidang media mingguan perkembangan PICK di sini, hari ini.

Beliau mengulas titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa terkejut dan kecewa apabila dimaklumkan Selangor hanya menerima 615,210 dos vaksin COVID-19 sehingga 1 Jun lalu, dan bukan 2.9 juta seperti didakwa sebelumnya.-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373