Warga KKDW Perkukuh Komitmen Melalui Amanat Perdana Menteri

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA 28 Julai 2026, (The Capital Post) – Warga Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) hari ini mengikuti siaran langsung Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama warga kementerian sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang berlangsung di Dewan Seri Lestari, KKDW.

Dalam amanat yang disampaikan, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa bidang pendidikan merupakan tunjang utama dalam membentuk kemajuan serta pembangunan negara. Beliau turut mengingatkan warga pendidik dan penjawat awam supaya terus memainkan peranan dalam menyokong agenda perubahan kerajaan, meningkatkan keupayaan teknologi serta memastikan setiap dasar dilaksanakan secara saksama demi kepentingan rakyat.

Sesi tersebut turut memberi peluang kepada warga KKDW untuk menghayati aspirasi Malaysia MADANI serta memperkukuh komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti, profesionalisme dan berteraskan kepentingan rakyat.

-Advertisement-

Turut mengikuti sesi berkenaan ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKDW, YBhg. Dato’ Abdul Kahar bin Abdullah; Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KKDW, YBhg. Dato’ Dr. Roslan bin Mahmood; serta barisan pengurusan tertinggi kementerian.

Perjumpaan tersebut menjadi platform penting dalam menyampaikan aspirasi kerajaan kepada penjawat awam selain memperkukuh semangat kerjasama antara kementerian bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkesan kepada masyarakat. – The Capital Post