Wee Jeck Seng calon BN di #P165 Tanjung Piai

Estimate Reading Time: < 1 minute

Pontian, 30 Okt 2019 -(The Capital Post) Barisan Nasional akan menurunkan Wee Jeck Seng daripada MCA untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai.Kepimpinan tertinggi Barisan Nasional membuat keputusan untuk mengembalikan kerusi tersebut kepada MCA walaupun akar umbi UMNO melobi untuk bertanding di kerusi tersebut.

-Advertisement-

Pemilihan calon ini disahkan oleh MCA Tanjung Piai, yang mengajak penyokongnya berkumpul di ibu pejabat MCA Pontian malam ini untuk untuk mendengar pengumuman itu.

Dato Seri Wee pernah menjadi anggota parlimen kawasan Tanjung Piai selama dua kali. Beliau gagal memeprtahankan kerusi itu tahun lepas dan tewas dengan majoriti tipis kepada calon Pakatan Harapan Mohd Farid Mohd Rafik.

-Advertisement-

Dato Sri Wee akan bertembung dengan Pengerusi Bersatu Tanjung Piai Karmaine Sardini dan Timbalan Setiausaha Agung Gerakan Wendy Subramaniam dalam PRK Tangjung Piai ini – The Capital Post