115 SD Sokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2021 (The Capital Post) – Dato Sri Ismail Sabri Yaakob dipercayai telah memperolehi sebanyak 115 Akuan Berkanun (Statutory Declaration) Ahli Parlimen bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia.

-Advertisement-

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Mesyuarat Tertinggi Barisan Nasional semalam telah sebulat suara membuat keputusan untuk menyokong Dato Sri Ismail Sabri sebagai Calon Perdana Menteri dari Barisan Nasional. Oleh Demikian seramai 42 Ahli Parlimen Barisan Nasional selesai menandatangi SD semalam.

Dalam perkembangan yang sama, bekas Perdana Menteri yang juga Perdana Menteri Interim, Tan Sri Muhiyiddin juga dipercayai telah meminta seramai 31 Ahli Parlimen BERSATU untuk menyokong pencalonan Dato Sri Ismail Sabri sebagai pengganti beliau. Beliau juga telah meminta ahli Parlimen sekutu dengan Kerajaan Perikatan Nasional, Parti PBS (1 Kerusi Parlimen), Parti STAR (1 Kerusi Parlimen) dan 4 Ahli Parlimen Bebas dari kawasan Parlimen Lubuk Anti, Julau, Kuala Langat, Tebrau

Timbalan presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan bahawa pihaknya yang mempunyai 18 Ahli Parlimen telah membuat Akuan berkanun (SD) untuk menyokong Ismail sebagai ketua kerajaan seterusnya.

-Advertisement-

Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mempunyai 18 Ahli Parlimen juga menyatakan sokongan mereka kepada ahli parlimen Bera telah menghantar akuan berkanun (SD) selepas selesai mesyuarat GPS tengahari tadi.

Semalam Istana negara telah mengarahkan semua 220 Ahli Parlimen untuk menghantar akuan sumpah mereka untuk menyokong dan mencalonkan satu nama untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia selewat – lewatnya 4 petang hari ini (18 Ogos 2021) dan akuan berkanun akan dipersembahkan dalam Mesyuarat Khas Raja – Raja Melayu yang diadakan Jumaat untuk diputuskan. – The Capital Post