12 terbunuh pada majlis meraikan ketibaan Krismas di Mexico

Estimate Reading Time: < 1 minute

MEXICO: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi tercedera dalam serangan semalam ketika menghadiri parti pra-Krismas yang dianjurkan di tengah bandar Mexico, kata pihak berkuasa Guanajuato.

-Advertisement-

Tragedi itu berlaku di bandar Salvatierra, di sebuah ladang yang disewakan untuk perayaan berkenaan.

Selain mereka yang terbunuh, 12 lagi mangsa tercedera sudah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Yayasan Tierra Negra, yang mempromosikan projek sosial di kawasan itu, berkata mangsa adalah golongan muda yang menyertai Posadas iaitu perhimpunan keagamaan bagi meraikan kedatangan Krismas.

Saksi yang enggan dikenali memaklumkan, terdapat enam orang yang lengkap bersenjata api dilihat memasuki tempat itu dan mula bergaul dalam kalangan 100 golongan muda yang berkumpul dalam acara itu.

“Kami menyedari mereka tidak dijemput dan ketika ditanya mereka siapa, mereka mula menembak secara rambang,” katanya.

Dalam ciapan di X, ahli Tierra Negra, Carlos Silva berkata apa yang berlaku itu sangat ngeri dan kebanyakan mangsa adalah golongan muda yang sangat baik.

-Advertisement-

Guanajuato ialah salah satu negeri paling ganas di Mexico, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kumpulan jenayah termasuk kartel dadah.

“Saya mengecam tindakan keganasan yang berlaku dalam komuniti San Jose del Carmen pagi ini. Kami akan bekerjasama dengan pejabat pendakwa,” kata Datuk Bandar, Salvatierra German Cervantes di Facebook.

Serangan seumpamanya turut direkodkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini di Guanajuato, yang tahun ini mendahului senarai negeri paling banyak pembunuhan di Mexico, iaitu setakat ini seramai 3,029, menurut angka rasmi.

– AFP

– BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373